Assalamualaikum w.b.t
Bila baca ayat kat atas tu, gua macam rasa nak pusing-pusing kepala je.. crazy people?? atau dalam bahasa melayunya orang gila.. orang gila uols!! apa korang rasa kalau tetiba korang tau yang korang hidup serumah dengan manusia saiko?? dah tentu-tentu time tu jugak nak angkut kain baju, keluar dari rumah.. cari rumah baru.. tulah situasi yang sedang gua dengan roomate gua kene hadap sekarang..
Kisah bermula bila gua menyewa bilik dengan roomate gua.. kitaorang ambik masterbedroom.. share dua la maknanya.. lagipun kitaorang tak ganggu penghuni dalam rumah nie.. just mind on your business.. kekadang tu ada la lepak depan tv, tgk drama apa ke.. tu pun hanya malam je..
Memula masuk rumah nie, ketua rumah @ tuai rumah (bahasa Iban) dah bagitahu semua pasal rumah nie.. antara pesanannya ialah :-
- sewa bilik kitaorang RM180 (kalau bahagi dua, jadi RM90 je la)
- bil letrik dan api akan di bahagi 4 (mengikut bilangan penduduk)
- boleh guna kemudahan yang ada dalam rumah tu (dapur,peti ais,oven,tv)
- jangan bercampur sangat dengan jiran-jiran (ada jugak pesanan macam nie..sebab utama tak boleh bercampur adalah,penyewa sebelum nie bersetongkol dengan jiran untuk meletak cctv dalam bilik tuai rumah)
So, gua dengan kawan gua takdelah ganggu dorang sangat.. buat hal masing-masing je kan.. tapi selama gua duduk dengan dia nie, gua macam perasan yang minah nie (merujuk pada tuai rumah) suka cakap sorang-sorang.. ya Allah, gua memang takut dengan orang macam nie.. sebab,selama gua hidup 22tahun nie,gua tak penah duduk serumah dengan orang macam nie..
Lagi satu perangai pelik dia, suka tutup pintu kuat-kuat.. bukan tutup mungkin,macam hempas gitu.. gua tak boleh orang tutup pintu kuat-kuat,nnt jantung gua jadi cepat berdegup.. ada masalah lemah jantung mungkin.. gua tak tahu nak cakap macam mana kat dia.. nanti gua tegur, dia kata gua kurang ajar pulak.. gua hormat orang yang lebih tua dari gua..
Apa yang buat gua panas hati dengan minah nie adalah hari nie dia sorok antena tv.. pui !! macam celaka je kan?? gua tak tau apa masalah dia sampai nak kene sorok antena tv.. mungkin dia tau malam nie ada game Malaysia vs Syria, terus dia sorok antena tv.. sebab guakan gila bola.. gua bangun pagi-pagi, tengok antena tv dah hilang.. haiyoo!! mana pegi?? bila je minah tu balik keje, tengok-tengok dia dok syok layan tv sengsorang.. dia tengok cite Tentang Dhia.. pas cite tu abis, dia pegi mandi.. masa dia nak pegi mandi, dia boleh cabut antena tu, angkut masuk bilik dia.. siap mandi, dia pasang antena balik dan tengok tv.. korang penah jumpa tak manusia jenis macam nie?? jangan sampai gua beli set home theatre,pastu letak kat depan ruang tamu.. tv dia tu gua campak kat DBKL punya tong.. hambek kau !!!!
Hari tu time Malaysia vs Indonesia, gua dok depan tv tak gerak pun.. pastu gua dok menyorak sorang-sorang.. dia tak mahu gua buat bising mungkin.. suka hati gua la.. gua bayar sewa kot.. semua orang tau, kalau dah game bola, mestilah nak tengok bersungguh.. ke ada orang tengok bola sambil dok diam?? hello!! kalau awak nak antisosial, jangan nak kaitkan orang.. hohohoho!! mak-mak pun minat tengok bola..
Jadinya, sekarang gua sedang berusaha mencari bilik untuk disewa dengan membe gua.. kalau boleh nak dekat dengan area Ampang dan dekat lrt.. senang nak pegi keje katanya.. tak sanggup gua nak tinggal dengan orang macam nie.. lama-lama boleh sakit jantung gua.. matiawalpulaknanti.. hohoho!! Sekian, tima kasih.. chill uols..
P/s: malam nie antena tv ilang lagi.. gua rasa minah tu tido,pelok antena.. budusss !!!!