29 April 2011

sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua | wahai lelaki dan perempuan, korang dah KANTOI !!

Assalamualaikum w.b.t


tajuk entri pun letak peribahasa kan?? ada gua kisah?? hahahaha !! kali nie gua nak cite pasal mamat nie.. hari tu  gua ada mesej seorang mamat hensem lagi berkaliber nie.. hanya untuk bertanya khabar serta berkongsi cerita.. bukan gua kepochi okeh.. even kitaorang dah tak kapel, tanggungjawab sesama kawan tu tetap ada..

 tupai baru mula nak melompat nie.. standby !! 1,2,3 lompat...

mamat nie pun bagitau masalah dia kat gua.. dia ada berhubung dengan sorang awek nie.. tapi awek tu dah ada boipren.. pastu, mamat nie cakap lagi yang dia memang dah jatuh sayang betul kat minah nie.. tapi still ada penghalang iaitu boipren si awek nie..

gua sebagai kawan tak mahu la tengok kawan gua merampas minah nie dari boipren dia.. berbakul-bakul nasihat gua bagi kat mamat nie bertujuan tidak mahu mamat nie menyesal di kemudian hari.. mamat nie amatlah jiwan orangnya.. time dengan gua dulu takde plak macam nie.. HAHAHAHAHA !!

sebagai kawan yang baik, gua pun tanya mamat nie siapakah gerangan minah yang berjaya merebut hatinya (baru mula kepochi).. tapi mamat nie tak bagitahu pun sape.. mamat nie just bagi hint cakap yang gua kenal dengan minah tu.. gua macam dah boleh agak siapa minah yang dimaksudkan itu..

tapi gua tak mahu serkap jarang yang bukan-bukan.. gua siasat sorang-sorang je dulu.. tengok pada gaya, gua memang yakin minah yang dia dok berkenan tu salah sorang kawan gua.. so, gua pm kat fb tya minah tu... minah tu mati-mati tak ngaku.. siap soal gua balik pasal mamat tu.. gua ignore je..boleh pulak minah nie pura-pura tak ngaku pastu soh tengok status relationship dia..

gua tetap tak puas hati.. so, gua stalker sampai lebam.. hasil daripada gua stalker semua, gua dah jumpa buktinya.. apa yang gua rasa selama nie betul.. minah nie memang ada hubungan ngan mamat tu.. HAHAHAHA !! sebelum nie minah nie ada cakap yang dia penah nak kene masuk perangkap mamat nie.. tapi kenapa dia terus berhubungan lagi dengan mamat nie even dia dah tau perangai sebenar mamat tu..

 tupai dah jatuh sebab tak reti nak melompat..

ermphhhh !!! lantak doranglah nak buat ape pun.. gua takdelah nak kisah sangat.. tapi agak-agaklah kalau nak menipu pun.. jangan sampai terkantoi.. sekarang nie dah terkantoi pun.. gua hanya mampu gelak sambil tekan-tekan perut je sebab tak pandai nak menipu la korang 2 orang nie.. lain kali pakat sama-sama.. Sekian..

atok nie takde gigi dah.. PEACE !!


p/s: semua pic dari encik gugel.. ;)

3 comments:

Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman said...

Suka entri ni.. tupai tupai..

Ana Montana said...

hehehehehe..
sepandai tupai melompat..
akhirnya jatuh ke tnaah jua..

ermayantizakaria said...

hai... sy erma. info2 dlm blog ni sgt berguna.. jemput lawat blog sy @http://ermayantizakaria.blogspot.com/.. tq

LinkWithin